SILA ISI ORDER FORM UNTUK MENEMPAH HANDMADE BAG. HARAP MAKLUM, :) TERIMA KASIH

Sunday, July 4, 2010

ini cerita ku..

mmm.. syukurlah alhamdulillah.. rezeki yang Allah berikan kepada ku.. walaupun sabtu dan ahad sibuk mengajar budak2 sempat jugak nak menjahit.. dah minat..tak da boleh halang.. hehe..
terasa gembira sangat, bila di panggil kejo dan masih di beri kepercayaan mengajar budak2 UPSR. kiranya saya ni cikgu tuisyen. hehe lucu kan.. tapi itulah kejo aku.. masa hujung minggu adalah untuk mendidik budak2..

bukan senang nak mengajar budak2, lebih2 lagi jumpa pelajar tak tau apa lansung.. aku mengajar math.. sedih gak dah tahun 6 tak tau nak bezakan bahagi dengan darab.. tapi tak lah aku berputus asa.. so aku buat la kelas tambahan untuk diorang Selasa ngn Jumaat untuk perbaiki kelemahan diorang.. janji diorang sedia membantu diri sendiri...

adakalanya, aku terasa sedih.. ada seorang budak tahun lepas ku ajar.. aku hairan sangat, dah tahun 6 x tau menambah,menolak..mendarab dan membahagi apatah lagi..1 000 - 32 dia tak dapat jawab..(macam emosi marah ja) walaupun aku dah ajar dari mula tak juga dapat buat... dah sebulan nak UPSR saya tanya kenapa tak boleh jawab soalan yg saya bagi. dia kata tak tau nak jawab.. tiba2 kawan dia cakap dia masuk sekolah tahun lima.. Ya Allah terkejut saya, baru lah saya tahu kenapa tak bole jawab.. basic pembelajaran dia tak pernah ikuti.. katanya, masalah keluarga menyebabkan dia masuk sekolah lewat - tahun lima.. tahun ni pun ada juga seorang budak baru mengenal huruf dan nombor ketika berada di tahun 6. sebelum terlambat, aku akan cuba membantu dia untuk menghadapi UPSR nanti..

akan ku cuba menjadi cikgu yang terbaik walaupun aku hanya seorang cikgu tuisyen. aku sedia membantu mereka.. terasa sedih bila pelajar tak tau apa2 lansung.. yang dia tau hanya menyalin ja..tukang copy ja.. jangan sudah besar jadi tukang buat kopi pulak.. hehe.. betul apa..

esuk tak da kejo.. bole lah aku menjait, nak buat design beg baru.. huhu have nice day..

wassalam

ani.....

2 comments:

  1. biasa la aliya..itulah tugas sebagai cikgu..yang paling tomei sedey, kebanyakan yang buta huruf...tak kenai +,-,x n bahagi kebanyakan orang melayu..(cikgu math la jugak tomei ni pun).. tapi takpe..yang penting niat dan keikhlasan..dan yang penting marah kita bukan nak menganiaya..tapi untuk mendidik..kerana kita ni manusia...eheheh...peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..juz wanna share

    ReplyDelete
  2. betul tue tomei... kecewa jgak tengok budak2 melayu skrg nie... malas betul huhu... thanx u share ngn kita yer...

    ReplyDelete